Pada satu simpang ku pilih satu jalan
Yang ku rasa jarang di ambil lain orang
Ikutkan bisikan yang di dalam melawan kata silam
Tekadkan tak mahu berundur pulang
Biarpun bercerai nyawa dengan badan
Tiba hujung jalan ku jumpa lagi simpang
Yang pernah merintang pada siang semalam
Berdebar perasaan yang girang
Bak kumbang dapat kembang
Pabila sedar tamatnya cabaran
Berakhir langkah melewati bundaran
Tak rugi ku cagar segala untuk bermimpi
Kerana sangkaan bebanan hanya pengasah
Mengasuh diri menjadi gagah
Menyulam jiwa menjadi teguh
Menyusun minda menjadi pintar
Membina cinta menjadi nyata
membentuk azam menjadi senjata sulit
Kerana menumpaskan keangkuhan
Yeahhh..
Tiba hujung jalan ku jumpa lagi simpang
Yang pernah merintang pada siang semalam
Berdebar perasaan yang girang
Bak kumbang dapat kembang
Pabila sedar tamatnya cabaran
Berakhir langkah melewati bundaran
Tak rugi ku cagar segala untuk bermimpi
Kerana sangkaan bebanan hanya pengasah
Mengasuh diri menjadi gagah
Menyulam jiwa menjadi teguh
Menyusun minda menjadi pintar
Membina cinta menjadi nyata
membentuk azam menjadi senjata sulit
Kerana menumpaskan keangkuhan